Saturday 2 February 2013

Alhamdulillah

ب س م  ا ل ل ه  ا ل ر ح م ن  ا ل رح ي م    

Alhamdulillah, hadirnya ujian tu tanda Allah sayangkan kita.
Kalau hidup ni selalu happy je, tak ada nangis, tak ada frust, macam tak lengkap kan ?
Bila kita kena uji tu, ingat selalu yang Allah tu dekat. Allah tak nak biarkan kita terus hanyut dengan dosa dan maksiat. Allah nak kita fikir betul-betul balik, apa sebenarnya tujuan hidup kita kat muka bumi Allah ni.
Ujian tu datang bukan saja-saja nak bagi kita lemah, bukan saja-saja nak buat air mata ni mudah mengalir,
bukan saja-saja nak jatuhkan kita.
Tapi, ujian tu datang nak buat kita bertambah kuat. Nak buat kita ingat balik, Allah saja tempat kita mengadu. Bukan pada hamba , tapi pada Pencipta sekalian makhluk. 
Pada saat setiap malam air mata ni mengalir tanpa henti, bukan sebab merindui untuk kembali kepada maksiat yang pernah dibuat, tapi sebab takut, banyak sangat maksiat yang kita buat. Selalu sangat hati kita ni lalai dengan perasaan yang tak patut. Sungguh, bila sekarang terfikir balik, apa yang ada dalam otak ni sampai lupa tentang akibat dosa yang kita buat.
Kenapalah mudah sangat hati ni nak berharap dengan manusia. Padahal dah berkali-kali kecewa. Tapi nak jugak relakan hati ni kecewa lagi. 
Walaupun nak bangkit lepas jatuh tu tak senang, tapi ingat yang Allah takkan biar kita bangkit keseorangan. Akan Allah datangkan kawan-kawan untuk bantu kita bangkit. Saat kita jatuh kerana manusia, kita mesti bangkit kerana Allah. Jangan bangkit kerana manusia, takut-takut kita akan jatuh semula.
Moga Allah ampunkan dosa-dosa yang pernah kita buat selama kita sedar ataupun tanpa sedar. 

0 comments:

Post a Comment

 

Radhitu Billahi Robba Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template