Saturday 23 February 2013

Alhamdulillah ^-^

0 comments
Bismillah.
Apa lagi yang boleh gembirakan hati seorang anak melainkan melihat ibu bapanya gembira ? Allahu Allah. Beri aku lebih banyak lagi peluang untuk buat mereka gembira ya Allah. Untuk buat mereka bahagia. Untuk buat mereka tersenyum. Aku mahukan peluang tu ya Allah. 
Alhamdulillah, rezeki Allah memang luas. Allah tertunggu-tunggu hambanya untuk meminta padaNya, jomlah jomlah jomlah berdoa. "Udu'ni, astajiblakum" firman Allah, yg bermaksud, "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan".. Alhamdulillah a'la kulli hal. Rezeki yang kita dapat ni bukan nya atas hasil penat lelah kita, bukan juga hasil kepandaian kita. Tapi semua tu datang dari Allah. Datang dengan penuh hikmah. Ujian itu bukan hanya pada rezeki yang sedikit tapi juga pada rezeki yang melimpah ruah. Markah rendah dalam exam, tu ujian. Markah tinggi dalam exam, tu ujian jugak. Apa kita buat bila kita dapat ujian2 sebegitu. Itu yang Allah nak tengok. Sabarkah kita dengan markah yang rendah tu ? Bersyukurkah kita dengan markah yang tinggi tu ? *tepuk dada, tanya iman*. 
Kita dah usaha sehabis daya, setelah tu, serah kan segala urusan pada Allah. Tawakka a'laAllah. *bukak ayat 1000 dinar* Moga Allah izinkan kita untuk jadi hambaNya yang bersyukur. Aku ingin selalu jadi hambaMu yang bersyukur ya Allah. Syukur dengan segala nikmat. Syukur dengan segala ujian. Alhamdulillah sentiasa di bibir, juga di hati, juga pada perbuatan. 

Saturday 2 February 2013

Redhakan hatimu

0 comments

Ada satu hari ni, ternampak satu ayat ni. "Jodoh tu tak pasti, tapi mati tu pasti"
Bila dengar je ayat ni, rasa macam, sedap kena 'tembak'
Betul lah kan, siapa jodoh kita, kita tak tau. Ada ke tak jodoh kita, itu pun kita tak tau.
Andai kata lah kita mati sebelum datangnya jodoh, tak ke namanya tak ada jodoh ? 
Ayat ni buat kita ingat balik, jodoh ada ke tak ada ke tu belakang kira. Tapi yang pasti, mati tu ada.
Banyak kalamullah yang sebut tentang mati. Walhal ada lagu pasal mati. 'Ingat mati ingat sakit ingat masa lapang sulit, ingat ingat hidup cuma satuu kaliiii'
Mati tu benda yang pasti. Tak akan ada satu hamba Allah pun yang boleh lari dari mati. Tak kira lah bersembunyi dalam bangunan besi pun, pasti tak akan boleh halang kita dari hadapi kematian.
Teringat pulak saat-saat sayu ketika Rasulullah s.a.w menghadapi sakaratul maut. Rasulullah sendiri meminta agar malaikat kurangkan sikit rasa sakitnya sakaratul maut. Allahu Rabbi.
Sakitnya sakaratul maut kita pasti lebih berkali ganda lagi. 
Cuma yang kita tak tau, di mana kita mati, bila kita mati, apa keadaan kita ketika mati, apa musabab kita mati. Tapi tu semua Allah dah tetapkan. Apa yang kita boleh doa sekarang semoga mati kita itu mati dalam beriman, mati yang bukan pada ketika diri sedang buat maksiat kepada Allah.
Mati tu hanyalah permulaan kepada hidup yang sebenarnya, hidup di negeri akhirat yang kekal selama-lamanya.
Ya Allah, amitna a'la dinil islam...

Alhamdulillah

0 comments
ب س م  ا ل ل ه  ا ل ر ح م ن  ا ل رح ي م    

Alhamdulillah, hadirnya ujian tu tanda Allah sayangkan kita.
Kalau hidup ni selalu happy je, tak ada nangis, tak ada frust, macam tak lengkap kan ?
Bila kita kena uji tu, ingat selalu yang Allah tu dekat. Allah tak nak biarkan kita terus hanyut dengan dosa dan maksiat. Allah nak kita fikir betul-betul balik, apa sebenarnya tujuan hidup kita kat muka bumi Allah ni.
Ujian tu datang bukan saja-saja nak bagi kita lemah, bukan saja-saja nak buat air mata ni mudah mengalir,
bukan saja-saja nak jatuhkan kita.
Tapi, ujian tu datang nak buat kita bertambah kuat. Nak buat kita ingat balik, Allah saja tempat kita mengadu. Bukan pada hamba , tapi pada Pencipta sekalian makhluk. 
Pada saat setiap malam air mata ni mengalir tanpa henti, bukan sebab merindui untuk kembali kepada maksiat yang pernah dibuat, tapi sebab takut, banyak sangat maksiat yang kita buat. Selalu sangat hati kita ni lalai dengan perasaan yang tak patut. Sungguh, bila sekarang terfikir balik, apa yang ada dalam otak ni sampai lupa tentang akibat dosa yang kita buat.
Kenapalah mudah sangat hati ni nak berharap dengan manusia. Padahal dah berkali-kali kecewa. Tapi nak jugak relakan hati ni kecewa lagi. 
Walaupun nak bangkit lepas jatuh tu tak senang, tapi ingat yang Allah takkan biar kita bangkit keseorangan. Akan Allah datangkan kawan-kawan untuk bantu kita bangkit. Saat kita jatuh kerana manusia, kita mesti bangkit kerana Allah. Jangan bangkit kerana manusia, takut-takut kita akan jatuh semula.
Moga Allah ampunkan dosa-dosa yang pernah kita buat selama kita sedar ataupun tanpa sedar. 

This is the new one

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum apa-apa, nak susun jari mohon maaf dulu sebab blog yang lama dah tak ada. Bukanlah fully kena delete tapi semua post kat situ dah kena delete.
Sebab bila baca-baca balik apa yang saya merepek kat situ, rasa tak kena.
Rasa tak ada faedah pun ada. Apa guna penat lelah kita tulis tapi tak beri manfaat lansung kat orang yang membaca kan ? *smile*
In sha Allah, harap-harap blog yang baru ni lebih matang sikit, lebih berguna and bermanfaat kepada si pembaca kan ? Moga usaha kecil ini dihitung oleh Allah. Amiin. 
Radhitu Billahi Robba - Aku Redha Allah Itu Tuhanku
tu title blog ni. Tak tau kenapa pilih ayat tu, sebab tiba-tiba idea nak buat ayat tu jadi title blog datang.
And kepada pembaca blog ni, kalau ada salah apa-apa, terus komen kat Cbox okay :) in sha Allah akan diperbetulkan. 
 

Radhitu Billahi Robba Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template